EPISOD 1


Topik Emosi membawakan lagu-lagu menarik dan perbincangan mengenai lima jenis emosi yang perlu kita ambil berat iaitu marah, sedih, jijik, takut dan gembira. Dalam segmen Cerita Chichi & Chacha, Kisah Si Lima berkongsi nasihat bagaimana kita boleh mengawal perasaan marah dengan beberpa cara.

EPISOD 2


Topik Saya Cergas berkongsi kepentingan mengekalkan gaya hidup aktif dalam hidup kita. Dengan lagu-lagu yang rancak dan topik perbincangan menarik, Sweet, Harris, Afeiq dan Syada mengajak penonton untuk sama-sama kekal cergas supaya otak kita sentiasa cerdas.

EPISOD 3


Topik Kita Kongsi mengetengahkan kepentingan berkongsi dengan adik-beradik dan kawan-kawan kerana amalan berkongsi dapat mengeratkan perhubungan. Bila kita berkongsi, semua orang akan mendapat peluang bermain bersama. Selain permainan, kita juga boleh berkongsi ilmu pengetahuan dan kasih sayang.

EPISOD 4


Topik Impian Kita menitik beratkan kepentingan mempunyai impian. Dalam masa yang sama sebuah pengajaran turut disampaikan dalam Cerita Chichi Chacha tentang akibat mempunyai terlalu banyak impian. Penonton dinasihati untuk memilih impian yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

EPISOD 5


Topik Saya Berani mengajak penonton untuk menjadi lebih berani dalamkehidupan. Bukan sahaja berani menempuh cabaran, kita juga harus berani berdikari dan mencapai impian kita. Segmen Lencana Awesome dan Cerita Chichi Chacha turut memaparkan pengisian menarik berkaitan dengan topik ini.

Search