Big Fish Media Sdn. Bhd. (BFM), anak syarikat Educate to Learn Sdn. Bhd. (e2L), adalah pemilik siri ‘edutainment’ Chichi & Chacha (C&C). Siri ini adalah melalui kajian penyelidikan yang dilakukan melalui Kolej kami (yang juga dimiliki oleh e2L) iaitu Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak (KPAKK), dimana kepakaran KPAKK adalah program pendidikan awal kanak-kanak.

Siri animasi 3D ‘edutainment’ pertama di Asia untuk kanak-kanak, Chichi & Chacha kini kembali lagi untuk menghibur sambil mendidik kanak-kanak dengan kandungan yang lebih hebat dan lebih menarik untuk musim ketiga bermula 18 Mac 2017 jam 9.30 pagi di slot Bananana TV3.


Chichi & Chacha yang dicetuskan untuk menarik perhatian minda kanak-kanak menggabungkan pelbagai elemen hiburan dan pendidikan menampilkan empat hos selebriti muda yang berinteraksi dengan watak-watak animasi 3D yang hidup di hutan magika sambil memperkenalkan nilai-nilai kehidupan dan pengetahuan am.


Disasarkan pada kanak-kanak tadika hingga sekolah rendah (6 – 8 tahun), Chichi & Chacha bertujuan untuk mewujudkan kandungan cerita 360 darjah di pelbagai platform disamping melengkapkan penonton dengan kemahiran hidup dan tanggungjawab yang diperlukan untuk menghadapi cabaran harian di dunia hari ini.

Kekuatan kami

  • Lembaga Penasihat dan Lembaga Pengarah yang terdiri daripada usahawan berpengalaman, ahli akademik dan pembuat dasar.
  • Pakar pendidikan awal kanak-kanak yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam industri.
  • Keutamaan kami ialah Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
  • Produk mampu milik untuk orang ramai.
  • Kakitangan berpengalaman yang dapat mengenal pasti dan prihatin terhadap keperluan pelanggan.

Falsafah kami

  • Menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat, ceria dan kondusif dilengkapi dengan sumber-sumber yang sesuai bagi menyokong perkembangan intelek, rohani, emosi, sosial dan fizikal kanak-kanak.
  • Dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang bermakna, kanak-kanak berpeluang untuk merangsang kemahiran mereka untuk berterusan menimba ilmu pengetahuan dan menggunakannya untuk kebaikan diri sendiri serta masyarakat.
Search